Saturday, 31 January 2015

Cara-cara Memperoleh Duit Dengan Blogging

Cara-cara Memperoleh Duit Dengan Blogging

Hi... Pada entri kali ini saya akan berkongsi cara untuk memperoleh keuntungan dengan hanya mem'blogging'. Duit dapat diperoleh dengan pelbagai cara dengan hanya menggunakan internet. Salah satu cara yang mudah untuk memperoleh duit dengan pantas ialah dengan blogging. Pertama sekali, saya akan menerangkan cara untuk membuat sebuah blog yang dapat memberi keuntungan kepada anda.

Langkah 1: Anda perlu memiliki sebuah akaun Gmail.Pastikan umur anda yg ingin dimasukkan dalam akaun
                  gmail adalah melebihi 18 tahun.
Langkah 2: Dengan menggunakan akaun Gmail tersebut, anda perlu mendaftar ke laman web blogger                             iaitu https://www.blogger.com/home.
Langkah 3: Corakkan blog anda mengikut kesukaan masing-masing dan pastikan orang lain tertarik dengan                     hiasan yang anda lakukan.
Langkah 4: Anda telah selesai membina sebuah blog yang menarik.

Anda perlu mengisi blog anda dengan entri yang menarik dengan tajuk-tajuk yang anda minati. Pastikan tajuk-tajuk yang anda telah cipta dapat menarik minat pengguna internet yang lain. Contohnya, bincangkan mengenai topik-topik yang trending pada waktu itu. Selain itu, anda boleh meng'upload' video-video yang lucu dan menarik.

Sekarang, telah tiba waktunya untuk memperoleh wang daripada usaha anda tadi.

Langkah 1: Anda perlu mendaftarkan blog anda ke pengiklan dalam blog-blog yang terkenal seperti
                  Google AdSense, Nuffnang dan lain-lain lagi.
Langkah 2: Salin HTML yang diberikan oleh pengiklan untuk ditampal kedalam blog anda.
Langkah 3: Iklan daripada pengiklan akan muncul didalam blog anda dan pengiklan akan memberikan                             keuntungan yang diperoleh kepada anda.
Langkah 4: Anda perlu mencari tempat-tempat yang sesuai untuk mem'promote' blog anda. Contohnya                           Facebook, Twitter, Youtube dan pelbagai laman web yang lain.
Langkah 5: Setelah anda mendapat pengunjung ke blog anda, pengiklan akan memberi bayaran kepada anda                   berdasarkan bilangan pengunjung ke blog anda.

*biasanya pengiklan akan membayar kepada anda 15sen bagi setiap pengunjung. Bayaran akan meningkat berdasarkan tempoh anda bersama pengiklan.
*Sila bertanya di ruangan komen bagi mendapatkan tips yang lebih lanjut.

5 comments :

  1. Hai, suka entri ni. Saya ada soalan. Sy ada try register ng nuffnang n try nk masuk kn iklan ti dlm blog sy. Tapi knp xdpt display di tempat lain walau dh ikut step yg diberi (berjaya display do atas blog name je)

    ReplyDelete
  2. Akak...ni masalah teknikal ni..maybe akak slap paste kot,,,#sblum akak save iklan nuffnang tuh,preview dulu..thanks

    ReplyDelete
  3. Saya dah join nuffnang hehe bnyk lagi lah cuma adsense je mcm susah sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btul ke ??..tp susah nk dpt campaign..uv kna maintain 100+

      Delete